SEKOLAH KEBANGSAAN PERINGGIT

KM 4, PANTAI PERINGGIT,

75400 MELAKA

ALUAN
SEJARAH
STAFF
LAGU
LENCANA

 

 

Kata-kata Aluan Puan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Peringgit.

 

 

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

 

Dalam menuju alaf baru dan zaman teknologi maklumat, sudah semestinya kita peka terhadap perubahan yang berlaku. Salah satu perubahan yang diambil kira adalah pembinaan budaya / tradisi sekolah iaitu menjelmakan amalan terbaik yang berlangsung di sekolah. Cabaran yang harus kita hadapi sekarang adalah menghadapi masyarakat sivil dan madani. Salah satu ciri masyarakat ini adalah masyarakat yang boleh mendokumentasi iaitu menggunakan teknologi canggih seperti pengendalian website. Ke arah ini semestinya kita perlu perubahan sikap.

 

Suasana masyarakat yang menuju kepada teknologi maklumat (IT) adalah kerana wujudnya sistem pendidikan sekolah bestari. Namun begitu dalam mengejar IT kadangkala kita terlupa sahsiah iaitu masyarakat bermaklumat tetapi tidak berilmu. Oleh yang demikian sudah semestinya kita pandai menapis maklumat yang akan dikendalikan nanti. Sebagai guru kitalah pembentuk atau pembuat acuan yang kita inginkan. Sesungguhnya kita guru adalah penjelas ilmu, pencetus nilai , penjelas nilai dan penjelas pemikiran. Kitalah guru yang boleh memenuhi keperluan yang telah dinyatakan.

 

Jadikanlah diri kita guru yang mursyid iaitu yang dapat membimbing sehingga terbentuk insan yang seimbang sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semuga dengan ini akan terbina masyarakat berakhlak dan beragama di zaman teknologi maklumat ini.

 

Wassalam dan salam hormat.

 

"KECEMERLANGAN MATLAMAT KITA"

  

 

 

 

 

[aluan] [sejarah] [staff] [lagu] [lencana]

TERIMA KASIH